Wednesday 10 June 2015

COWAY SABAK BERNAM




Pada awal Januari 2015 kami telah membuka booth pameran produk coway yang terletak di pasaraya TF sungai besar. Booth tersebut telah di kendalikan oleh En Mohd Zahwan Bin Djemiko dan dibantu oleh  4 orang Health Planner yang berpengalaman.





Tujuan utama booth pameran ini dibuka adalah untuk memberi maklumat yang tepat berkenaan barangan Coway kepada penduduk sekitar Sungai Besar, Sabak Bernam dan seterusnya mungkin akan memasuki pasaran Teluk Intan tidak lama lagi. Selain itu, orang ramai juga dapat meningkatkan kesedaran mereka tentang peri pentingnya air yang bersih untuk digunakan dalam aktiviti seharian terutamanya sebagai air minuman. 


Orang ramai yang berkunjung ke booth Coway di Pasaraya TF  juga dapat melihat dengan lebih dekat produk-produk penapis air dan udara Coway. Disamping itu, pengunjung juga berpeluang  merasai sendiri air tapisan berkualiti tinggi dari produk Coway. Para pengunjung akan dilayan mesra dan akan diberi penerangan oleh Health Planner secara terperinci bagi setiap satu fungsi produk Coway serta kelebihan yang terdapat pada produk-produk Coway.